Motivasi II Tahun 6 ini diadakan di Dewan SK Senadin pada 11 Ogos 2009. Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Tudan ini disertai oleh semua murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR nanti.
Seramai 274 murid tahun 6 dan 12 orang guru SK Tudan terlibat bagi menjayakan program ini.
Visi bagi program ini adalah untuk melahirkan individu (pelajar) yang berketerampilan, berkeyakinan dari segi emosi, intelek, rohani serta jasmani.
Manakala misi program ini pula ialah menyediakan dan memberi perkhidmatan yang optimum melalui aktiviti-aktiviti dan ceramah bagi membantu pelajar dalam aspek motivasi dan persediaan sebelum peperiksaan.
Matlamat program ini diwujudkan adalah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi pencapaian UPSR. Antara aktiviti yang terkandung dalam program ini ialah ceramah ‘Motivasi Diri Persediaan Hari Peperiksaan’ yang disampaikan oleh Cikgu Ahmad Bidin dan ceramah ‘Mengetahui Cara-Cara (Teknik) Menjawab Soalan UPSR ...