Posts

Hari Pertama Persekolahan

Hari ini (04/01/2010) telah bermulanya sesi persekolahan untuk tahun 2010.Semua guru,waris dan pelajar sibuk untuk mendaftar dan membayar yuran sekolah dan juga lain-lain yuran yang telahpun ditetapkan oleh pihak sekolah. Sesi persekolahan 2010 juga memberi lembaran baru buat beberapa orang guru dimana mereka telah bertukar sesi.Guru dari sesi pagi telah bertukar ke sesi petang ialah Cikgu Joseph dan Cikgu Dewi manakala bagi guru sesi petang yang bertukar ke sesi pagi pula ialah Cikgu Aniza. Dua orang guru baru yang menggantikan tempat Cikgu Marina dan Cikgu Sigau telah melapor diri pada hari ini. Bagi ibu bapa yang menghadapi masalah tentang pendaftaran,bolehlah datang ke Pejabat Am Sekolah atau hubungi di talian 085-659510.

Visi Dan Misi SK Tudan

Image
Visi Sekolah SK Tudan sebagai sekolah cemerlang 2013. Misi Sekolah Untuk melahirkan murid yang seimbang dan cemerlang dari segi Intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial (jeris) berdasarkan falsafah pendidikan Kebangsaan.

2 Guru Praktikum Tamat Latihan Di SK Tudan

Image
2 orang guru praktikum dari Institut Perguruan Sarawak (IPS), Miri telah selamat dan dengan jayanya menamatkan latihan mereka di SK Tudan selama 2 bulan. Kedua-dua mereka adalah Triswandi (3 dari kiri) dan Roszaidi (4 dari kiri). Mereka mula melapor diri pada 29 Jun 2009 dan menjalani latihan mereka selama 2 bulan. Pada 21 Ogos 2009 yang lalu, mereka telah menamatkan latihan mereka dan kembali ke IPS untuk menjalani kuliah seperti biasa. Sepanjang tempoh latihan mereka, pelbagai perkara telah mereka lakukan selaku guru di SK Tudan. Mereka telah banyak menyumbang tenaga dan bakti mereka walaupun tempoh latihan di SK Tudan tidak lama. Kedua-dua mereka yang merupakan guru Pend.Seni dan Pend.Jasmani ini sangat disukai oleh murid-murid kerana perwatakan mereka yang baik dan "sporting". Mereka juga sangat mesra dan senang bergaul dengan semua staf dan guru di SK Tudan. Pihak SK Tudan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Roszaidi dan Cikgu Triswandi kerana sudi menjalani lat

Program Keagamaan Untuk Murid Tahun 6

Image
Pada 4 September 2009, dua majlis keagamaan di jalankan serentak di makmal komputer 1 dan 2. Program "Tangan Ditadah...Tawakkal Dipasrah" anjuran Panitia Pendidikan Islam dijalankan di makmal komputer 1 manakala program Kerohanian untuk murid Kristian anjuran Panitia Pendidikan Moral dilangsungkan di makmal komputer 2. Program ini dimulakan pada jam 7.20 pagi dan berakhir pada jam 11 pagi. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi ketenangan dan persiapan minda kepada semua murid tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR pada 8-10 September ini.

Peperiksaan UPSR Bermula Hari Ini.

Image
Calon UPSR sedang tekun menjawab soalan peperiksaan. Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sedang berlangsung di seluruh Malaysia selama 3 hari iaitu bermula 8 September sehingga 10 September 2009. Pihak SK Tudan mengucapkan selamat menjawab kepada semua murid tahun 6 SK Tudan yang sedang menghadapi peperiksaan sekarang ini. Semoga anda semua dapat menjawab dengan tenang.

Subjek pendidikan seks di sekolah?

GENTING HIGHLANDS 31 Ogos - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengemukakan cadangannya kepada kerajaan dalam tempoh terdekat supaya subjek berhubung pendidikan seks di sekolah rendah dan menengah diwujudkan secara lebih formal dan serius. Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, kementeriannya akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terlebih dahulu bagi mendapatkan kerjasama mengenainya. "Seterusnya, saya akan mengemukakan cadangan ini dalam mesyuarat Kabinet bagi menerangkan kesan baik pendidikan seks kepada golongan muda terutamanya remaja. "Pendidikan seks berkenaan pernah diusahakan kerajaan sebelum ini, namun ia tidak mendapat sokongan pelbagai pihak," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri sambutan Ambang Merdeka 2009 sempena Hari Kemerdekaan ke-52 di sini hari ini. Turut hadir Naib Presiden Kanan Perhubungan Awam dan Komunikasi Genting

Murid Cemerlang Ujian Gerak Gempur 2

Image
Seramai 6 orang murid sekolah kita telah berjaya meraih 5A dalam Ujian Gerak Gempur 2 yang dijalankan pada 27 hingga 29 Julai 2009 yang lepas. Mereka adalah Adik Sharon, Adik Nurul Fathira, Adik Wenna, Adik Azlan, Adik Chrystalina dan Adik Karlie. Manakala murid yang telah mendapat 4A1B pula adalah seramai 5 orang. Mereka terdiri dari Adik Rizwanie, Adik Vanessa, Adik Loreta, Adik Loraser dan Adik Caine Ruth. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada mereka semua kerana berjaya mendapat cemerlang dalam Ujian Gerak Gempur 2. Diharapkan agar mereka tidak mudah berasa puas hati dan teruskan usaha untuk mendapat kecemerlang di dalam peperiksaan UPSR nanti. Kepada murid-murid yang kurang berjaya, jangan mudah putus asa. Teruskan usaha anda kerana kejayaan tidak datang tanpa usaha. Sekian. Gambar Murid 5A Gambar Murid 4A1B TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TELAH BERJAYA!!