2 Guru Praktikum Tamat Latihan Di SK Tudan

2 orang guru praktikum dari Institut Perguruan Sarawak (IPS), Miri telah selamat dan dengan jayanya menamatkan latihan mereka di SK Tudan selama 2 bulan. Kedua-dua mereka adalah Triswandi (3 dari kiri) dan Roszaidi (4 dari kiri).

Mereka mula melapor diri pada 29 Jun 2009 dan menjalani latihan mereka selama 2 bulan. Pada 21 Ogos 2009 yang lalu, mereka telah menamatkan latihan mereka dan kembali ke IPS untuk menjalani kuliah seperti biasa.

Sepanjang tempoh latihan mereka, pelbagai perkara telah mereka lakukan selaku guru di SK Tudan. Mereka telah banyak menyumbang tenaga dan bakti mereka walaupun tempoh latihan di SK Tudan tidak lama.

Kedua-dua mereka yang merupakan guru Pend.Seni dan Pend.Jasmani ini sangat disukai oleh murid-murid kerana perwatakan mereka yang baik dan "sporting". Mereka juga sangat mesra dan senang bergaul dengan semua staf dan guru di SK Tudan.

Pihak SK Tudan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Roszaidi dan Cikgu Triswandi kerana sudi menjalani latihan di SK Tudan dan sudi melayani kerenah murid-murid di sini. Diharapkan agar mereka dapat terus mendidik anak bangsa dengan penuh dedikasi. Sekian.

Popular posts from this blog

Pemilihan Wakil Rumah Sukan

PROGRAM MOTIVASI II TAHUN 6 SK TUDAN 2009

Visi Dan Misi SK Tudan