Murid Cemerlang Ujian Gerak Gempur 2

Seramai 6 orang murid sekolah kita telah berjaya meraih 5A dalam Ujian Gerak Gempur 2 yang dijalankan pada 27 hingga 29 Julai 2009 yang lepas. Mereka adalah Adik Sharon, Adik Nurul Fathira, Adik Wenna, Adik Azlan, Adik Chrystalina dan Adik Karlie.


Manakala murid yang telah mendapat 4A1B pula adalah seramai 5 orang. Mereka terdiri dari Adik Rizwanie, Adik Vanessa, Adik Loreta, Adik Loraser dan Adik Caine Ruth.


Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada mereka semua kerana berjaya mendapat cemerlang dalam Ujian Gerak Gempur 2. Diharapkan agar mereka tidak mudah berasa puas hati dan teruskan usaha untuk mendapat kecemerlang di dalam peperiksaan UPSR nanti. Kepada murid-murid yang kurang berjaya, jangan mudah putus asa. Teruskan usaha anda kerana kejayaan tidak datang tanpa usaha. Sekian.


Gambar Murid 5A


Gambar Murid 4A1B

TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TELAH BERJAYA!!

Popular posts from this blog

Pemilihan Wakil Rumah Sukan

Visi Dan Misi SK Tudan

PROGRAM MOTIVASI II TAHUN 6 SK TUDAN 2009