PROGRAM IMUNISASI TAHUN 1

Pada 18 Ogos 2009, beberapa kakitangan dari Jabatan Kesihatan Miri telah datang ke sekolah kita untuk Program Imunisasi tahun 1. Program ini dijalankan di Perpustakaan SK Tudan.


Program ini adalah bertujuan untuk memberi suntikan tambahan ‘Triple/Double Antigen’ dan juga MMR kepada semua murid tahun.

Semua murid tahun 1 diwajibkan menerima suntikan tersebut. Guru kelas tahun 1 ditugaskan mengawasi murid kelas masing-masing.


Ada antara murid-murid tahun 1 yang menangis dan terpaksa dipujuk oleh guru mereka untuk menerima suntikan tersebut.


Tahniah kepada semua guru yang telah berjaya mengawal keadaan yang begitu susah dan memerlukan tahap kesabaran yang begitu tinggi.


Terima kasih juga diucapkan kepada pihak Jabatan Kesihatan Miri yang telah datang untuk melaksanakan program ini. Sekian.



Popular posts from this blog

Visi Dan Misi SK Tudan

Pemilihan Wakil Rumah Sukan

2 Guru Praktikum Tamat Latihan Di SK Tudan