Popular posts from this blog
2 Guru Praktikum Tamat Latihan Di SK Tudan
2 orang guru praktikum dari Institut Perguruan Sarawak (IPS), Miri telah selamat dan dengan jayanya menamatkan latihan mereka di SK Tudan selama 2 bulan. Kedua-dua mereka adalah Triswandi (3 dari kiri) dan Roszaidi (4 dari kiri). Mereka mula melapor diri pada 29 Jun 2009 dan menjalani latihan mereka selama 2 bulan. Pada 21 Ogos 2009 yang lalu, mereka telah menamatkan latihan mereka dan kembali ke IPS untuk menjalani kuliah seperti biasa. Sepanjang tempoh latihan mereka, pelbagai perkara telah mereka lakukan selaku guru di SK Tudan. Mereka telah banyak menyumbang tenaga dan bakti mereka walaupun tempoh latihan di SK Tudan tidak lama. Kedua-dua mereka yang merupakan guru Pend.Seni dan Pend.Jasmani ini sangat disukai oleh murid-murid kerana perwatakan mereka yang baik dan "sporting". Mereka juga sangat mesra dan senang bergaul dengan semua staf dan guru di SK Tudan. Pihak SK Tudan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Roszaidi dan Cikgu Triswandi kerana sudi menjalani lat...
Hari Pertama Persekolahan
Hari ini (04/01/2010) telah bermulanya sesi persekolahan untuk tahun 2010.Semua guru,waris dan pelajar sibuk untuk mendaftar dan membayar yuran sekolah dan juga lain-lain yuran yang telahpun ditetapkan oleh pihak sekolah. Sesi persekolahan 2010 juga memberi lembaran baru buat beberapa orang guru dimana mereka telah bertukar sesi.Guru dari sesi pagi telah bertukar ke sesi petang ialah Cikgu Joseph dan Cikgu Dewi manakala bagi guru sesi petang yang bertukar ke sesi pagi pula ialah Cikgu Aniza. Dua orang guru baru yang menggantikan tempat Cikgu Marina dan Cikgu Sigau telah melapor diri pada hari ini. Bagi ibu bapa yang menghadapi masalah tentang pendaftaran,bolehlah datang ke Pejabat Am Sekolah atau hubungi di talian 085-659510.
