Posts

Showing posts from 2009

Visi Dan Misi SK Tudan

Image
Visi Sekolah SK Tudan sebagai sekolah cemerlang 2013. Misi Sekolah Untuk melahirkan murid yang seimbang dan cemerlang dari segi Intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial (jeris) berdasarkan falsafah pendidikan Kebangsaan.

2 Guru Praktikum Tamat Latihan Di SK Tudan

Image
2 orang guru praktikum dari Institut Perguruan Sarawak (IPS), Miri telah selamat dan dengan jayanya menamatkan latihan mereka di SK Tudan selama 2 bulan. Kedua-dua mereka adalah Triswandi (3 dari kiri) dan Roszaidi (4 dari kiri). Mereka mula melapor diri pada 29 Jun 2009 dan menjalani latihan mereka selama 2 bulan. Pada 21 Ogos 2009 yang lalu, mereka telah menamatkan latihan mereka dan kembali ke IPS untuk menjalani kuliah seperti biasa. Sepanjang tempoh latihan mereka, pelbagai perkara telah mereka lakukan selaku guru di SK Tudan. Mereka telah banyak menyumbang tenaga dan bakti mereka walaupun tempoh latihan di SK Tudan tidak lama. Kedua-dua mereka yang merupakan guru Pend.Seni dan Pend.Jasmani ini sangat disukai oleh murid-murid kerana perwatakan mereka yang baik dan "sporting". Mereka juga sangat mesra dan senang bergaul dengan semua staf dan guru di SK Tudan. Pihak SK Tudan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Roszaidi dan Cikgu Triswandi kerana sudi menjalani lat

Program Keagamaan Untuk Murid Tahun 6

Image
Pada 4 September 2009, dua majlis keagamaan di jalankan serentak di makmal komputer 1 dan 2. Program "Tangan Ditadah...Tawakkal Dipasrah" anjuran Panitia Pendidikan Islam dijalankan di makmal komputer 1 manakala program Kerohanian untuk murid Kristian anjuran Panitia Pendidikan Moral dilangsungkan di makmal komputer 2. Program ini dimulakan pada jam 7.20 pagi dan berakhir pada jam 11 pagi. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi ketenangan dan persiapan minda kepada semua murid tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR pada 8-10 September ini.

Peperiksaan UPSR Bermula Hari Ini.

Image
Calon UPSR sedang tekun menjawab soalan peperiksaan. Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sedang berlangsung di seluruh Malaysia selama 3 hari iaitu bermula 8 September sehingga 10 September 2009. Pihak SK Tudan mengucapkan selamat menjawab kepada semua murid tahun 6 SK Tudan yang sedang menghadapi peperiksaan sekarang ini. Semoga anda semua dapat menjawab dengan tenang.

Subjek pendidikan seks di sekolah?

GENTING HIGHLANDS 31 Ogos - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengemukakan cadangannya kepada kerajaan dalam tempoh terdekat supaya subjek berhubung pendidikan seks di sekolah rendah dan menengah diwujudkan secara lebih formal dan serius. Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, kementeriannya akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terlebih dahulu bagi mendapatkan kerjasama mengenainya. "Seterusnya, saya akan mengemukakan cadangan ini dalam mesyuarat Kabinet bagi menerangkan kesan baik pendidikan seks kepada golongan muda terutamanya remaja. "Pendidikan seks berkenaan pernah diusahakan kerajaan sebelum ini, namun ia tidak mendapat sokongan pelbagai pihak," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri sambutan Ambang Merdeka 2009 sempena Hari Kemerdekaan ke-52 di sini hari ini. Turut hadir Naib Presiden Kanan Perhubungan Awam dan Komunikasi Genting

Murid Cemerlang Ujian Gerak Gempur 2

Image
Seramai 6 orang murid sekolah kita telah berjaya meraih 5A dalam Ujian Gerak Gempur 2 yang dijalankan pada 27 hingga 29 Julai 2009 yang lepas. Mereka adalah Adik Sharon, Adik Nurul Fathira, Adik Wenna, Adik Azlan, Adik Chrystalina dan Adik Karlie. Manakala murid yang telah mendapat 4A1B pula adalah seramai 5 orang. Mereka terdiri dari Adik Rizwanie, Adik Vanessa, Adik Loreta, Adik Loraser dan Adik Caine Ruth. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada mereka semua kerana berjaya mendapat cemerlang dalam Ujian Gerak Gempur 2. Diharapkan agar mereka tidak mudah berasa puas hati dan teruskan usaha untuk mendapat kecemerlang di dalam peperiksaan UPSR nanti. Kepada murid-murid yang kurang berjaya, jangan mudah putus asa. Teruskan usaha anda kerana kejayaan tidak datang tanpa usaha. Sekian. Gambar Murid 5A Gambar Murid 4A1B TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TELAH BERJAYA!!

DOA APABILA PENYAKIT MENULAR

Image

CEGAH INFLUENZA A H1N1

Image
Perhatian! Amalkan langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan jangkitan kerana virus maut ini merebak begitu pantas.

PROGRAM IMUNISASI TAHUN 1

Image
Pada 18 Ogos 2009, beberapa kakitangan dari Jabatan Kesihatan Miri telah datang ke sekolah kita untuk Program Imunisasi tahun 1. Program ini dijalankan di Perpustakaan SK Tudan. Program ini a dalah bertujuan untuk memberi suntikan tambahan ‘Triple/Double Antigen’ dan jug a MMR kepada semua murid tahun. Semua murid tahun 1 diwajibkan menerima suntikan tersebut. Guru kelas tahun 1 ditugaskan mengawasi murid kelas masing-masing. Ada antara murid-murid tahun 1 yang menangis dan terpaksa dipujuk oleh guru mereka un tuk menerima suntikan tersebut. Tahniah kepada semua guru yang telah berjaya mengawal keadaan yang begitu susah dan memerlukan tahap kesabaran yang begitu tinggi. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak Jabatan Kesihatan Miri yang telah datang untuk melaksanakan program ini. Sekian.

POST MORTEM GERAK GEMPUR 2/2009

Image
Guru Besar sedang berucap sebelum taklimat berlangsung. Taklimat mengenai Post Mortem Gerak Gempur 2/2009 tahun 6 diadakan di Makmal 1 SK Tudan. Tarikh, masa dan tempat adalah seperti berikut : Tarikh : 13 Ogos 2009 Masa : 12.00 pm Tempat : Makmal Komputer 1 Taklimat ini disampaikan oleh cikgu Tahar selaku Guru Peperiksaan. Semua guru matapelajaran UPSR hadir dalam taklimat tersebut. Dalam Gerak Gempur UPSR yang lalu, 5 orang murid sekolah kita telah ber jaya mendapat 5A. Tahniah buat mereka.

PROGRAM MOTIVASI II TAHUN 6 SK TUDAN 2009

Image
Motivasi II Tahun 6 ini diadakan di Dewan SK Senadin pada 11 Ogos 2009. Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Tudan ini disertai oleh semua murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR nanti. Seramai 274 murid tahun 6 dan 12 orang guru SK Tudan terlibat bagi menjayakan program ini. Visi bagi program ini adalah untuk melahirkan individu (pelajar) yang berketerampilan, berkeyakinan dari segi emosi, intelek, rohani serta jasmani. Manakala misi program ini pula ialah menyediakan dan memberi perkhidmatan yang optimum melalui aktiviti-aktiviti dan ceramah bagi membantu pelajar dalam aspek motivasi dan persediaan sebelum peperiksaan. Matlamat program ini diwujudkan adalah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi pencapaian UPSR. Antara aktiviti yang terkandung dalam program ini ialah ceramah ‘Motivasi Diri Persediaan Hari Peperiksaan’ yang disampaikan oleh Cikgu Ahmad Bidin dan ceramah ‘Mengetahui Cara-Cara (Teknik) Menjawab Soalan UPSR

Gerak Gempur 2 UPSR

Image
Gerak gempur 2 UPSR bagi murid tahun 6 dijalankan pada 27 hingga 29 Julai 2009 (tiga hari). Semua murid tahun 6 wajib menduduki peperiksaan ini. Gerak gempur 2 UPSR ini dijalankan serentak di seluruh Negeri Sarawak. Tujuan ujian ini diadakan adalah untuk menguji sejauh mana prestasi sebenar murid tahun 6 dan juga sebagai persediaan mereka dalam menghadapi peperiksaan sebenar UPSR. Semoga semua murid tahun 6 dapat menempuhi peperiksaan dengan tenang dan dapat menjawab semua soalan dengan jayanya. Semua warga SK Tudan mengharapkan yang terbaik dari anda semua. Buktikan kepada semua guru bahawa anda mampu dan anda adalah terbaik. Sekian.

Pemilihan Wakil Rumah Sukan

Image
Pada 18 Julai 2009, pemilihan wakil rumah sukan untuk tahap 1 telah dijalankan di padang SK Tudan. Pemilihan ini dilangsungkan serentak dengan perjumpaan ibubapa murid tahun 6. Semua murid tahap 1 iaitu murid tahun 1, 2 dan 3 terlibat dalam aktiviti ini. Mereka memulakan acara pemilihan pada jam 8.30 pagi. Pemilihan dilakukan untuk semua acara yang akan dipertandingkan pada hari sukan yang akan tiba nanti. Antara acar yang dipertandingkan ialah lontar peluru, 100 meter dan lompat tinggi. Untuk murid tahap 2 iaitu murid tahun 4,5 dan 6, pemilihan telahpun diadakan pada hari persekolahan iaitu pada waktu petang. Wakil setiap rumah sukan juga telah dipilih. Hari Sukan SK Tudan akan diadakan pada hujung tahun ini pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Semua murid, guru dan staf sokongan terlibat.

Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah-Bahasa Inggeris

Image
Pada 23 Julai 2009, Ketua Pentaksiran Kawasan Miri/Bakong, Pn Suzanne William telah hadir ke SK Tudan. Beliau datang tepat pada jam 10 pagi hingga 12 tengahari dan menggunakan perpustakaan sekolah sebagai pusat untuk Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS-BI). Kedatangan beliau ke sekolah kita telah disambut oleh Tuan Guru Besar, En Marzuki Abd Rahman. Beliau telah dijemput oleh Tuan Guru Besar ke bilik Guru Besar untuk berbincang dan seterusnya menandatangani buku pelawat. Untuk program ini, Panitia Bahasa Inggeris SK Tudan terlibat sepenuhnya memandangkan program PLBS ini adalah dikhususkan kepada Bahasa Inggeris. Antara guru Panitia Bahasa Inggeris SK Tudan yang terlibat adalah Cikgu Linda Ijok dan Cikgu Roslan. Jutaan terima kasih kepada Pn Suzanne William kerana sudi hadir ke SK Tudan. Diharapkan kehadiran beliau sedikit sebanyak memberi impak kepada sekolah kita.

Perjumpaan Ibubapa Tahun 6

Image
Perjumpaan Ibubapa tahun 6 dengan guru telah selamat dijalani pada 18 Julai 2009 yang lalu iaitu pada hari Sabtu minggu ke-3 bulan Julai. Perjumpaan ini melibatkan semua ibubapa dan penjaga murid tahun 6. Perjumpaan bermula seawal jam 8.30 pagi bertempat di blok akademi SK Tudan. Program ini bertujuan membincangkan kemajuan dan prestasi semasa pelajaran murid tahun 6 dengan ibubapa dan penjaga masing-masing. Surat jemputan bertarikh 15 Julai 2009 (JPS(W)/SKT(Perk)/153/08/02/10) telah diedarkan kepada semua murid tahun 6 seminggu sebelum program ini berlangsung. Menurut pandangan salah seorang ibubapa yang hadir pada hari tersebut, program seperti ini amat baik kepada murid dan perlu diteruskan pada masa-masa akan datang. Semoga dengan adanya program sedemikian akan memberi impak semaksima mungkin kepada murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR yang hanya tinggal tidak sampai 2 bulan lagi. Sekian.