Popular posts from this blog
Pemilihan Wakil Rumah Sukan
Pada 18 Julai 2009, pemilihan wakil rumah sukan untuk tahap 1 telah dijalankan di padang SK Tudan. Pemilihan ini dilangsungkan serentak dengan perjumpaan ibubapa murid tahun 6. Semua murid tahap 1 iaitu murid tahun 1, 2 dan 3 terlibat dalam aktiviti ini.
Mereka memulakan acara pemilihan pada jam 8.30 pagi. Pemilihan dilakukan untuk semua acara yang akan dipertandingkan pada hari sukan yang akan tiba nanti. Antara acar yang dipertandingkan ialah lontar peluru, 100 meter dan lompat tinggi.
Untuk murid tahap 2 iaitu murid tahun 4,5 dan 6, pemilihan telahpun diadakan pada hari persekolahan iaitu pada waktu petang. Wakil setiap rumah sukan juga telah dipilih.
Hari Sukan SK Tudan akan diadakan pada hujung tahun ini pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Semua murid, guru dan staf sokongan terlibat.
PROGRAM MOTIVASI II TAHUN 6 SK TUDAN 2009
Motivasi II Tahun 6 ini diadakan di Dewan SK Senadin pada 11 Ogos 2009. Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Tudan ini disertai oleh semua murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR nanti.
Seramai 274 murid tahun 6 dan 12 orang guru SK Tudan terlibat bagi menjayakan program ini.
Visi bagi program ini adalah untuk melahirkan individu (pelajar) yang berketerampilan, berkeyakinan dari segi emosi, intelek, rohani serta jasmani.
Manakala misi program ini pula ialah menyediakan dan memberi perkhidmatan yang optimum melalui aktiviti-aktiviti dan ceramah bagi membantu pelajar dalam aspek motivasi dan persediaan sebelum peperiksaan.
Matlamat program ini diwujudkan adalah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi pencapaian UPSR. Antara aktiviti yang terkandung dalam program ini ialah ceramah ‘Motivasi Diri Persediaan Hari Peperiksaan’ yang disampaikan oleh Cikgu Ahmad Bidin dan ceramah ‘Mengetahui Cara-Cara (Teknik) Menjawab Soalan UPSR