Posts

DOA APABILA PENYAKIT MENULAR

Image

CEGAH INFLUENZA A H1N1

Image
Perhatian! Amalkan langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan jangkitan kerana virus maut ini merebak begitu pantas.

PROGRAM IMUNISASI TAHUN 1

Image
Pada 18 Ogos 2009, beberapa kakitangan dari Jabatan Kesihatan Miri telah datang ke sekolah kita untuk Program Imunisasi tahun 1. Program ini dijalankan di Perpustakaan SK Tudan. Program ini a dalah bertujuan untuk memberi suntikan tambahan ‘Triple/Double Antigen’ dan jug a MMR kepada semua murid tahun. Semua murid tahun 1 diwajibkan menerima suntikan tersebut. Guru kelas tahun 1 ditugaskan mengawasi murid kelas masing-masing. Ada antara murid-murid tahun 1 yang menangis dan terpaksa dipujuk oleh guru mereka un tuk menerima suntikan tersebut. Tahniah kepada semua guru yang telah berjaya mengawal keadaan yang begitu susah dan memerlukan tahap kesabaran yang begitu tinggi. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak Jabatan Kesihatan Miri yang telah datang untuk melaksanakan program ini. Sekian.

POST MORTEM GERAK GEMPUR 2/2009

Image
Guru Besar sedang berucap sebelum taklimat berlangsung. Taklimat mengenai Post Mortem Gerak Gempur 2/2009 tahun 6 diadakan di Makmal 1 SK Tudan. Tarikh, masa dan tempat adalah seperti berikut : Tarikh : 13 Ogos 2009 Masa : 12.00 pm Tempat : Makmal Komputer 1 Taklimat ini disampaikan oleh cikgu Tahar selaku Guru Peperiksaan. Semua guru matapelajaran UPSR hadir dalam taklimat tersebut. Dalam Gerak Gempur UPSR yang lalu, 5 orang murid sekolah kita telah ber jaya mendapat 5A. Tahniah buat mereka.

PROGRAM MOTIVASI II TAHUN 6 SK TUDAN 2009

Image
Motivasi II Tahun 6 ini diadakan di Dewan SK Senadin pada 11 Ogos 2009. Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Tudan ini disertai oleh semua murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR nanti. Seramai 274 murid tahun 6 dan 12 orang guru SK Tudan terlibat bagi menjayakan program ini. Visi bagi program ini adalah untuk melahirkan individu (pelajar) yang berketerampilan, berkeyakinan dari segi emosi, intelek, rohani serta jasmani. Manakala misi program ini pula ialah menyediakan dan memberi perkhidmatan yang optimum melalui aktiviti-aktiviti dan ceramah bagi membantu pelajar dalam aspek motivasi dan persediaan sebelum peperiksaan. Matlamat program ini diwujudkan adalah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi pencapaian UPSR. Antara aktiviti yang terkandung dalam program ini ialah ceramah ‘Motivasi Diri Persediaan Hari Peperiksaan’ yang disampaikan oleh Cikgu Ahmad Bidin dan ceramah ‘Mengetahui Cara-Cara (Teknik) Menjawab Soalan UPSR ...

Gerak Gempur 2 UPSR

Image
Gerak gempur 2 UPSR bagi murid tahun 6 dijalankan pada 27 hingga 29 Julai 2009 (tiga hari). Semua murid tahun 6 wajib menduduki peperiksaan ini. Gerak gempur 2 UPSR ini dijalankan serentak di seluruh Negeri Sarawak. Tujuan ujian ini diadakan adalah untuk menguji sejauh mana prestasi sebenar murid tahun 6 dan juga sebagai persediaan mereka dalam menghadapi peperiksaan sebenar UPSR. Semoga semua murid tahun 6 dapat menempuhi peperiksaan dengan tenang dan dapat menjawab semua soalan dengan jayanya. Semua warga SK Tudan mengharapkan yang terbaik dari anda semua. Buktikan kepada semua guru bahawa anda mampu dan anda adalah terbaik. Sekian.

Pemilihan Wakil Rumah Sukan

Image
Pada 18 Julai 2009, pemilihan wakil rumah sukan untuk tahap 1 telah dijalankan di padang SK Tudan. Pemilihan ini dilangsungkan serentak dengan perjumpaan ibubapa murid tahun 6. Semua murid tahap 1 iaitu murid tahun 1, 2 dan 3 terlibat dalam aktiviti ini. Mereka memulakan acara pemilihan pada jam 8.30 pagi. Pemilihan dilakukan untuk semua acara yang akan dipertandingkan pada hari sukan yang akan tiba nanti. Antara acar yang dipertandingkan ialah lontar peluru, 100 meter dan lompat tinggi. Untuk murid tahap 2 iaitu murid tahun 4,5 dan 6, pemilihan telahpun diadakan pada hari persekolahan iaitu pada waktu petang. Wakil setiap rumah sukan juga telah dipilih. Hari Sukan SK Tudan akan diadakan pada hujung tahun ini pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Semua murid, guru dan staf sokongan terlibat.