Pemilihan Wakil Rumah Sukan


Pada 18 Julai 2009, pemilihan wakil rumah sukan untuk tahap 1 telah dijalankan di padang SK Tudan. Pemilihan ini dilangsungkan serentak dengan perjumpaan ibubapa murid tahun 6. Semua murid tahap 1 iaitu murid tahun 1, 2 dan 3 terlibat dalam aktiviti ini.


Mereka memulakan acara pemilihan pada jam 8.30 pagi. Pemilihan dilakukan untuk semua acara yang akan dipertandingkan pada hari sukan yang akan tiba nanti. Antara acar yang dipertandingkan ialah lontar peluru, 100 meter dan lompat tinggi.


Untuk murid tahap 2 iaitu murid tahun 4,5 dan 6, pemilihan telahpun diadakan pada hari persekolahan iaitu pada waktu petang. Wakil setiap rumah sukan juga telah dipilih.


Hari Sukan SK Tudan akan diadakan pada hujung tahun ini pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Semua murid, guru dan staf sokongan terlibat.

Popular posts from this blog

Visi Dan Misi SK Tudan

PROGRAM MOTIVASI II TAHUN 6 SK TUDAN 2009