Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah-Bahasa Inggeris


Pada 23 Julai 2009, Ketua Pentaksiran Kawasan Miri/Bakong, Pn Suzanne William telah hadir ke SK Tudan. Beliau datang tepat pada jam 10 pagi hingga 12 tengahari dan menggunakan perpustakaan sekolah sebagai pusat untuk Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS-BI).


Kedatangan beliau ke sekolah kita telah disambut oleh Tuan Guru Besar, En Marzuki Abd Rahman. Beliau telah dijemput oleh Tuan Guru Besar ke bilik Guru Besar untuk berbincang dan seterusnya menandatangani buku pelawat.


Untuk program ini, Panitia Bahasa Inggeris SK Tudan terlibat sepenuhnya memandangkan program PLBS ini adalah dikhususkan kepada Bahasa Inggeris. Antara guru Panitia Bahasa Inggeris SK Tudan yang terlibat adalah Cikgu Linda Ijok dan Cikgu Roslan.


Jutaan terima kasih kepada Pn Suzanne William kerana sudi hadir ke SK Tudan. Diharapkan kehadiran beliau sedikit sebanyak memberi impak kepada sekolah kita.

Popular posts from this blog

Pemilihan Wakil Rumah Sukan

Visi Dan Misi SK Tudan

PROGRAM MOTIVASI II TAHUN 6 SK TUDAN 2009