Kajian PKJR

Kajian Keberkesanan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) telah diadakan pada 23 Jun 2009 bertempat di makmal computer SK Tudan. Seramai 25 murid tahun 2 dan 25 murid tahun 4 telah dipilih untuk menjalani kajian tersebut.


Kajian itu telah dilaksanakan oleh Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (RSRC) dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Pn Hamidah bt Khamis dan En Mohd Azizan Abd Aziz merupakan 2 orang wakil yang dihantar oleh RSRC UPM untuk menjalankan kajian tersebut keatas kesemua murid tahun 2 dan 4 yang terpilih itu.


Kajian tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan dan masalah teknikal. Kerjasama dari pihak sekolah sangat membantu pasukan RSRC. Pihak SK Tudan merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang terlibat dalam kajian tersebut. Sekian.

Popular posts from this blog

Visi Dan Misi SK Tudan

Pemilihan Wakil Rumah Sukan

2 Guru Praktikum Tamat Latihan Di SK Tudan