Gerak Gempur 2 UPSR

Tujuan ujian ini diadakan adalah untuk menguji sejauh mana prestasi sebenar murid tahun 6 dan juga sebagai persediaan mereka dalam menghadapi peperiksaan sebenar UPSR.
Semoga semua murid tahun 6 dapat menempuhi peperiksaan dengan tenang dan dapat menjawab semua soalan dengan jayanya. Semua warga SK Tudan mengharapkan yang terbaik dari anda semua. Buktikan kepada semua guru bahawa anda mampu dan anda adalah terbaik. Sekian.