Pembersihan Kawasan Sekolah

Pembersihan kawasan SK Tudan telah dilakukan oleh Syarikat Semangat Jati Diri Enterprise pada cuti semester sekolah yang lalu iaitu pada 3 hingga 5 Jun 2009. Syarikat Semangat Jati Diri Enterprise merupakan syarikat kontraktor yang dilantik oleh sekolah untuk tugas-tugas membersih kawasan sekolah.


Kerja-kerja pembersihan yang dijalankan adalah membuang baki pasir di kawasan tempat letak kereta, mencuci tingkap, membersih longkang, membaiki pagar yang rosak, membersihkan bilik guru serta pejabat pentadbiran dan pelbagai lagi kerja pembersihan sekolah.


Kerja ini dilakukan semasa cuti sekolah adalah untuk memastikan kawasan yang terlibat betul-betul dibersihkan dan tidak mahu mengganggu murid-murid belajar.


Pihak SK Tudan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Syarikat Semangat Jati Diri Enterprise kerana menjalankan pembersihan sekolah.

Popular posts from this blog

Pemilihan Wakil Rumah Sukan

PROGRAM MOTIVASI II TAHUN 6 SK TUDAN 2009

Visi Dan Misi SK Tudan