Perjumpaan Ibubapa Tahun 6
Perjumpaan bermula seawal jam 8.30 pagi bertempat di blok akademi SK Tudan. Program ini bertujuan membincangkan kemajuan dan prestasi semasa pelajaran murid tahun 6 dengan ibubapa dan penjaga masing-masing.
Surat jemputan bertarikh 15 Julai 2009 (JPS(W)/SKT(Perk)/153/08/02/10) telah diedarkan kepada semua murid tahun 6 seminggu sebelum program ini berlangsung.
Menurut pandangan salah seorang ibubapa yang hadir pada hari tersebut, program seperti ini amat baik kepada murid dan perlu diteruskan pada masa-masa akan datang.
Semoga dengan adanya program sedemikian akan memberi impak semaksima mungkin kepada murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR yang hanya tinggal tidak sampai 2 bulan lagi. Sekian.