Karnival Prasekolah Peringkat Zon 4 2009


Setelah menjuarai Pertandingan Nyanyian dan Gerakan pada Karnival Prasekolah Peringkat Daerah Miri yang lepas, murid Prasekolah SK Tudan telah mewakili daerah Miri ke Peringkat Zon 4. Karnival Prasekolah Peringkat Zon 4 telah mengumpulkan semua wakil dari daerah-daerah Zon 4 di Eastwood
Valley Golf And Country Club, Miri pada 29 Jun 2009 hingga 1 Julai 2009.

4 orang murid prasekolah lelaki dan 8 orang murid prasekolah perempuan telah dipilih mewakili sekolah kita dan juga daerah Miri.

Mereka telah menjalani latihan selama 2 minggu dibawah bimbingan Cikgu Awatif bt Md Yusop, Cikgu Juliana bt Selamat, Cik Debra ak Uli dan Pn Norliza bt Bohari.

Hasil kerja keras semua murid dan juga guru prasekolah, mereka berjaya mendapat naib johan. Johan pula disandang oleh SK Limbang dari daerah Limbang dan tempat ketiga pula disandang oleh SK Bintulu dari daerah Bintulu. Tahniah buat semua yang telah terlibat dalam Karnival Prasekolah Peringkat Zon 4 ini.

Popular posts from this blog

Pemilihan Wakil Rumah Sukan

PROGRAM MOTIVASI II TAHUN 6 SK TUDAN 2009

Visi Dan Misi SK Tudan