MAJLIS PERPISAHAN GURU J-QAF


Pada 8 Julai 2009, Guru Pendidikan Islam dan Guru J-Qaf telah mengadakan majlis perpisahan untuk dua orang guru J-Qaf yang sempat berkhidmat di SK Tudan selama enam bulan.

Mereka berdua ialah Ust Nik Mohd Ilman dan Ust Haris Fadila. Mereka dipindahkan adalah disebabkan guru J-Qaf di SK Tudan adalah terlebih dari bilangan yang sepatutnya.


Ust Nik Mohd Ilman dipindahkan ke Sk Anchi, Miri. Beliau melapor diri di sekolah baru pada 13 Julai 2009. Manakala Ust Haris Fadila pula melapor diri di SK Jalan Astana, Kuching pada 10 Julai 2009. Kedua-dua mereka masih dalam latihan namun, mereka berdua telah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang guru dengan penuh dedikasi.


Pihak SK Tudan mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua guru J-Qaf ini kerana

banyak memberi bakti kepada sekolah walaupun dalam jangka masa yang agak pendek. Teruskan usaha dan jangan mudah putus asa. Sekian

Popular posts from this blog

Pemilihan Wakil Rumah Sukan

PROGRAM MOTIVASI II TAHUN 6 SK TUDAN 2009

Visi Dan Misi SK Tudan